30 April 2024, Grand Swiss-Belhotel Melaka- Mesyuarat JK Penasihat Industri PMK Bil 1/2024 dan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli JK Penasihat Industri telah diadakan dengan jayanya pada 30 April 2024 bertempat Di Grand Swiss-Belhotel Melaka. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Rosthman bin Ibrahim yang merupakan Managing Director Grand Swiss-Belhotel Melaka dan dihadiri oleh 9 orang ahli JK Penasihat PMK. Penyerahan Watikah Pelantikan sebagai Ahli JK Penasihat Industri PMK yang baharu kepada Pn Marlina Binti Omar (Ketua Pegawai Eksekutif Taman Sari Legacy Sdn Bhd) serta penyampaian sijil penghargaan kepada Pengerusi JK Penasihat Industri PMK iaitu YBhg. Dato' Rosthman bin Ibrahim telah diserahkan sebelum dan selepas mesyuarat. Sekalung ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YBhg Dato' Rosthman atas tajaan mesyuarat. Syabas dan tahniah kepada Unit CISEC dan Urusetia Kolaborasi atas penganjuran mesyuarat.